Berita Terkini

Program Anti Rasuah Lembaga Perumahan Melaka

MELAKA, 23 April - Lembaga Perumahan Melaka dengan kerjasama SPRM Negeri Melaka telah mengadakan Program Anti Rasuah Lembaga Perumahan Melaka bertempat di Ames Hotel, Ayer Keroh, Melaka.


Program dimulakan dengan sesi taklimat anti rasuah yang bertajuk “Pengukuhan Tatakelola Jabatan” disampaikan oleh KPKPs Mohd Sufian bin Mohd Khalid. Sesi taklimat memberi pendedahan terhadap kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam Akta SPRM 2009.


Taklimat turut menerangkan isu-isu berkaitan perolehan, penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah serta isu-isu berkaitan integriti dan tatakelola yang diperjelaskan melalui  4 terma rujukan utama iaitu Reformasi Institusi, Dasar dan Undang-undang, Sistem dan Prosedur Kerja, Pemantauan dan Penilaian serta Pembudayaan Amalan Nilai dan Tatakelola baik.


Program diakhiri dengan sesi Ikrar Bebas Rasuah oleh semua warga kerja Lembaga Perumahan Melaka disaksikan oleh SPRM Negeri Melaka dan Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Melaka.


Program ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk TPr. Haji Murad bin Haji Husin, Pengarah Eksekutif, Lembaga Perumahan Melaka.



Hit : 446