Berita Pendidikan

MUIP Komited Cegah Rasuah Melalui Program Pengukuhan Anti Rasuah Dalam Perolehan & Tatakelola

KUANTAN, 22 Feb -– SPRM Negeri Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah melaksanakan program pemantapan anti rasuah yang melibatkan Pengurusan Tertinggi MUIP dan warga kerjanya. Program ini dihadiri seramai 160 orang peserta bertempat di AC Hotel by Marriot Kuantan.

 

Program dimulakan dengan ceramah berkaitan jenis-jenis kesalahan utama rasuah yang disampaikan oleh Ps Maizatul Idzwie binti Mat Ali, Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang. Turut ditekankan adalah penerangan kesalahan rasuah dalam perolehan yang melibatkan tatakelola sesebuah agensi kerajaan.

 

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP disaksikan oleh KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang.

 

Program diakhiri dengan Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MUIP 2024-2028. Pelan ini mempunyai 5 strategi, 22 objektif strategik, 105 inisiatif termasuk 65 inisiatif jangka pendek dan 40 inisiatif jangka panjang . Kesemua pelan ini akan dilaksanakan bagi menangani isu integriti, tatakelola dan antirasuah dalam oganisasi. Turut diselitkan pelancaran collar pin anti rasuah MUIP.


Hit : 923