Berita Menarik

SPRM Bekerjasama Dengan MAPCU & Swinburne Sarawak Dalam Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (IACD) 2023 Zon Sarawak

KUCHING, 18 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan Persatuan Kolej & Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak sebagai rakan strategik untuk Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (IACD) 2023 bagi Zon Sarawak bertemakan "Menyatukan Dunia Melawan Rasuah".

 

 

Matlamat utama adalah untuk memelihara generasi muda dengan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang jenayah rasuah apabila berada di alam pekerjaan, yang akan dapat menghapuskan rasuah dan secara tidak langsung mengharumkan nama baik Malaysia khususnya Negeri Sarawak yang meletakkan penekanan yang tinggi terhadap pendidikan anti rasuah dan integriti.

 

 

Ucaptama dan Pengenalan SPRM telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Negeri Sarawak bagi memulakan acara tersebut.

 

 

Sesi Forum Pencegahan Rasuah bertajuk "Ke Arah Generasi Bebas Rasuah" telah dikendalikan oleh Puan Evelyn Tan bersama tiga orang ahli panel iaitu TPj Nazli Rasyid bin Haji Sulong, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Encik James Loi, Pensyarah Undang-undang, Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak dan Saudara Marc Harting Ajin, Wakil Pelajar, Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak.

 

 

Sesi forum merumuskan bahawa pencegahan rasuah telah bermula di peringkat sekolah dan telah diperluaskan ke institusi pengajian tinggi melalui inisiatif pencegahan SPRM sebagai langkah pencegahan awal di kalangan generasi muda bagi mengelak terlibat dalam jenayah rasuah pada masa hadapan dan sebelum ke alam pekerjaan.


Hit : 1143