Berita Menarik

IBR Bukti Komitmen KKM Menentang Rasuah

PUTRAJAYA, 15 Nov - Majlis Pelancaran Sambutan Hari Integriti dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diadakan di Dewan Serbaguna KKM merupakan  usaha organisasi itu dalam meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen untuk bebas daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa.

 

Menteri Kesihatan, YB Dr Zaliha Mustafa berkata, sektor kesihatan adalah asas kepada kesejahteraan rakyat dan pelaksanaan Lafaz IBR ini sebagai tanda komitmen padu KKM untuk memelihara mandat serta kepercayaan yang diamanahkan oleh rakyat dengan memberikan perkhidmatan yang bebas daripada sebarang perlakuan rasuah termasuk salah guna kuasa.

 

Sesi lafaz IBR KKM ini telah diketuai oleh Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang bersama lebih 300 warganya yang diadakan secara bersemuka dan secara atas talian serta disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato' Sri Ahmad Khusairi Yahaya.

 

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato Lukanisman Awang Sauni; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan serta Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Nazli Rasyid Sulong.


Hit : 1104