Berita Menarik

Majlis Lafaz Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Sempena Sambutan Hari Integriti Nasional 2023 Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

KUANTAN, 7 Nov -  Sempena dengan Sambutan Bulan Integriti Nasional 2023, dengan tema “Integriti Citra Malaysia Madani” pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah menganjurkan Program Pencegahan Anti Rasuah dan Majlis Lafaz & Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat MBK dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang. Program bertempat di Dewan Utama, Kompleks Bandaraya Kuantan melibatkan 500 orang pegawai dan kakitangan.

 

Program dimulakan dengan taklimat pencegahan rasuah yang disampaikan oleh KPKPs Mohamad bin Hussain, Unit Penmas SPRM Negeri Pahang. Penceramah menjelaskan peranan penjawat awam supaya sentiasa menolak pelawaan rasuah dan melaporkan kepada pihak SPRM tentang penawaran rasuah.

 

Turut dikongsi kesan dan akibat kepada negara tentang perbuatan rasuah yang akan meruntuhkan sebuah organisasi mahupun negara. Program diteruskan dengan ucapan aluan daripada YH. Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Datuk Bandar MBK serta ucapan perasmian daripada YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang.

 

Lafaz IBR telah dipimpin oleh Inspektor Mohd Rubby bin Ismail, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MBK. Manakala IBR ditandatangani oleh Datuk Bandar MBK dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang.


Hit : 1324