Berita Pendidikan

Forum Bicara Governans, Integriti Dan Anti Rasuah (BiGIAR) Zon Pantai Timur Tahun 2023

KUALA NERUS, 26 Sept – Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu telah menganjurkan program “Forum Bicara Governans, Integriti Dan Anti Rasuah (BiGIAR) Tahun 2023 Peringkat Zon Timur" dan SPRM Negeri Terengganu telah dijemput bekerjasama menjayakan program ini.


Forum yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, Terengganu ini dihadiri kira-kira 500 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dari Terengganu, Kelantan dan Pahang serta agensi kerajaan dan swasta.


Ahli panel bagi program ini adalah KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Negeri Terengganu, Encik Encik Sabri bin Mohamed, Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) dan Encik Juhari bin Abdul Kadir, Ketua Unit Integriti Universiti Malaysia Terengganu (UMT),  manakala moderatornya adalah Tuan Haji Hassan 'As'ari bin Haji Omar, Pengarah JBPM Negeri Terengganu.  Sesi pembentangan dan soal jawab yang berlangsung membahaskan mengenai isu-isu rasuah dan integriti.


Forum BiGIAR ini dirasmikan oleh TPjB Dato’ Ts. Ahmad Izram bin Osman, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.


Hit : 1644