Berita Terkini

Program Antirasuah Perolehan Bersama Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak

PENGKALAN  HULU, 12 September  –  Seramai 77 orang terdiri daripada Ahli Majlis serta warga Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) Perak telah menyatakan komitmen bersama-sama memerangi rasuah dalam Program Antirasuah Perolehan bertempat di Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak.

 

Program diisi dengan Bual Bicara Antirasuah yang memfokuskan kepada isu perolehan dan penguatkuasaan di mana fungsian utama Ahli Majlis dan warga MDPH adalah mengetengahkan masalah rakyat berkaitan perkhidmatan serta pengurusan yang diberikan oleh PBT.

 

Turut diadakan juga sesi pertemuan KPKPj Mustafa Kamal bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Perak bersama Cik Noraslina binti Saidin, Setiausaha Majlis Daerah Pengkalan Hulu membincangkan isu-isu berkaitan penerimaan tajaan atau habuan daripada syarikat yang mempunyai kepentingan, tidak mengambil tindakan ke atas projek-projek terbengkalai serta berpakat dalam meluluskan projek yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan serta program-program kerjasama termasuk pengiklanan mesej pencegahan rasuah 'digital billboard' di daerah tersebut.

 

Turut hadir Encik Meor Shahibul Fadhilah bin Zainuddin, Yang Dipertua MDPH, Ps Hazirah binti Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak serta pegawai-pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak.


Hit : 1805