Berita Pendidikan

SPRM Memperkukuh Kerjasama Strategik Merintis Komuniti Industri Gas Dan Minyak

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Shell Malaysia buat julung kalinya bekerjasama dengan SPRM sempena Program Shell Malaysia Business Integrity Day (SMBID) 2023. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Shell Malaysia bagi memastikan perniagaan dijalankan dalam persekitaran bebas rasuah dan mendokong elemen tadbir urus yang baik.


Dengan penyertaan seramai 1,350 kakitangan Shell Malaysia secara fizikal dan atas talian, program ini turut dihadiri oleh Pengarah Kewangan Shell Malaysia, Encik Hilmi Yusof, Ketua Perundangan Shell Malaysia, Puan Rodziah Zainudin dan Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat, PKPj Mohd Hasraff Hashim.


Program ini membabitkan sesi penerangan dan sesi dialog yang disampaikan oleh TPj Saiful Ezral Arifin, Timbalan Pengarah, Bahagian Operasi Khas dan KPKPj Mohamad Faizal Sadri, Timbalan Pengarah, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram.


Topik yang dikongsikan adalah mengenai kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan Kesalahan Pengubahan Wang Haram serta isu-isu rasuah yang berlaku dalam industri gas dan minyak. Penekanan turut diberikan kesalahan – kesalahan rasuah dalam bidang perolehan.


Hit : 1626