Berita Pendidikan

SPRM, BERNAS Anjur Seminar Antirasuah Memfokus Kepada Isu Ketirisan Dana

PUTRAJAYA, 22 Ogos - SPRM bekerjasama dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai usaha meneruskan amalan tadbir urus yang baik untuk membanteras rasuah dalam Seminar Antirasuah Bersama Pengurusan Tertinggi BERNAS.

Seramai 40 peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan BERNAS diketuai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan BERNAS, Encik Eric Koh Boon Chuan telah hadir.

Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, PKPj Mohd Hasraff Hashim dalam ucapan perasmiannya menekankan mengenai usaha memerangi rasuah dalam sektor perniagaan diperkasakan melalui Peruntukan Liabiliti Korporat S17A Akta SPRM 2009, bagi memastikan organisasi komersial mengambil tanggungjawab dan langkah pencegahan yang berkesan di dalam organisasi masing-masing, terutama komitmen BERNAS memperkenalkan 'BERNAS Code of Conduct' dan 'BERNAS Anti-Bribery and Corruption Policy'.

Program ini turut diisi dengan sesi penerangan dan taklimat berkenaan kesalahan Akta SPRM 2009 dan sesi dialog berhubung isu pengurusan serta ketirisan dana.


Hit : 1705