Berita Terkini

IBR: Majlis Lafaz Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Kuantan, Pahang

KUANTAN, 8 Ogos – Telah berlangsung Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat PDT Kuantan melibatkan seramai 100 orang pegawai dan kakitangannya. Lafaz ikrar dipimpin oleh YH. Dato' Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar, Pegawai Daerah Kuantan bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak, KOMTUR.

Terdahulu, satu ceramah pendidikan antirasuah disampaikan oleh Ps Maizatul Idzwie binti Mat Ali, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pahang berkaitan kewajipan melaporkan rasuah dan hukuman bagi kesalahan tidak melaporkan rasuah serta contoh kes-kes rasuah yang melibatkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Majlis IBR ini disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang. Turut hadir Puan Nor Diana binti Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pengurusan Daerah.


Hit : 1799