Berita Menarik

Seminar Kesedaran Anti Rasuah dan Program Bicara Khas Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang bersama SPRM

KUANTAN, 24 Julai – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang telah mengadakan Seminar Kesedaran Anti Rasuah di Dewan Seri Lela Wangsa, Hotel Shahzan, Kuantan.

Ia bersempena dengan Program Bicara Khas bersama SPRM dan turut diadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah. Seramai 35 orang peserta terdiri daripada pegawai pendakwa dan kakitangan terlibat menjayakan program ini.

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang disampaikan oleh Ps Mohd Hazni Bin Mohd Rathi daripada Cawangan Perlindungan Pemberi Maklumat, Ibu Pejabat SPRM mengenai peranan pemberi maklumat termasuk kaedah - kaedah perlindungan kepada pemberi maklumat.

Manakala ceramah pencegahan rasuah disampaikan oleh KPKPs Mohamad bin Hussain, Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Pahang menerangkan kesalahan-kesalahan rasuah di bawah peruntukan Akta SPRM 2009 dan juga kewajipan melaporkan rasuah.

Program diteruskan dengan Majlis lafaz dan menandatangani IBR yang diketuai oleh Tuan Haji Salehuddin bin Abdul Manaf, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang disaksikan  PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.


Hit : 1394