Berita Terkini

Program Kolaborasi Agensi Awam Bersama NGO Dalam Pencegahan Rasuah Dan Sesi Dialog “Cegah Rasuah, Rezeki Barokah”

KOTA BHARU, 16 Julai – Program Kolaborasi Agensi Awam bersama NGO dalam Pencegahan Rasuah dan Sesi Dialog “Cegah Rasuah, Rezeki Barokah” di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah, Kelantan dirangka secara kolaborasi antara SPRM Negeri Kelantan, Jabatan Penerangan dan J.M Proton Otomobil (Inovatif) Sdn.Bhd serta Masjid Ismail Petra yang merupakan peneraju utama program.

Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Malaysia International Halal Academy (MIHA), Majlis Belia Jajahan Tanah Merah, Pertubuhan Serumpun Lestari Negeri Kelantan dan Majlis Belia Felda.

Tujuan program diadakan adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan warga Tanah Merah yang meliputi Agensi Awam dan NGO serta para usahawan berkaitan kesalahan rasuah di bawah AktaSPRM 2009 dan pencegahan rasuah tanggungjawab bersama. Program ini dihadiri seramai 250 orang yang diadakan secara bersemuka.

Ps Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan menyampaikan ceramah bertajuk Pencegahan Rasuah Tanggungjawab Bersama “Rasuah Dihina Maruah Dibina”. Penekanan diberi berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan rasuah dalam perolehan yang melibatkan dana kerajaan.

Program diteruskan dengan sesi dialog “Cegah Rasuah, Rezeki Barokah”. Barisan Panel adalah KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan dan Al-Fadhil Ustaz Haji Suratemi bin Mat Yusof, Pegawai Agama Jajahan Bachok dan Encik Mohd Sanusi bin Ariffin, Pegawai Penerangan bertindak sebagai Moderator.

Program dirasmikan oleh Encik Muhammad Hilmi bin Daud, Penolong Ketua Jajahan Tanah Merah, Kelantan.


Hit : 1741