Berita Pendidikan

Tingkat Pemahaman Antirasuah ELMU & CIDBH Kunjungi SPRM

PUTRAJAYA, 14 Julai - CIDB HOLDINGS SDN BHD (CIDBH) bersama  Enforcement Leadership and Management University (ELMU) telah mengadakan Program kesedaran anti rasuah bersama Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Auditorium SPRM.

 

ELMU adalah penyedia latihan kepada CIDB Holdings Sdn Bhd dan juga merupakan rakan strategik SPRM dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Kumpulan ELMU dalam melaksanakan program anti rasuah bersama CIDBH telah melibatkan PENMAS bagi memastikan peserta program diberikan pendedahan yang jelas berkaitan jenayah rasuah selain memahami strategi SPRM dalam membanteras jenayah rasuah terutamanya dari aspek kawal selia industri pembinaan.

 

Dr Kasim Nor Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor ELMU menzahirkan penghargaan atas sesi libat urus tersebut di mana program seperti ini merupakan satu platform memperkukuhkan kerjasama antara kedua belah pihak dan kerjasama jangka masa panjang akan dilaksanakan bersama SPRM pada masa akan datang bagi menyebarluaskan mesej antirasuah di dalam organisasi tersebut.

 

PsK Mohd Ridzuan Bin Bahrin telah memberikan penerangan berkaitan bagaimana perlakuan kesalahan rasuah boleh berlaku dalam sesebuah organisasi dan kesemua peserta diperingatkan agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan perilaku rasuah dan salah guna kuasa.

 

Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan CIDBH serta  ELMU turut dibawa melawat fasiliti-fasiliti SPRM antaranya konti MACC.fm, Sky Bridge dan padang kawad di aras 7.

 

Turut hadir pada libat urus ini adalah Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang turut memberikan taklimat kepada semua peserta yang hadir.


Hit : 1661