Berita Pendidikan

SPRM Kongsi Kesalahan Rasuah Dan Isu Ketirisan Dana Awam Bersama PBSMM

KUALA LUMPUR, 26 Jun – SPRM telah berkongsi mengenai kesalahan-kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan isu-isu ketirisan dana awam bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) yang juga merupakan Badan Berkanun dan Organisasi Kemanusiaan di Dewan Utama PBSMM.

 

Seramai 50 ahli Lembaga pengelola, Pengerusi dan wakil PBSMM negeri hadir pada sesi orientasi khas untuk Ahli Majlis Kebangsaan PBSMM yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, pada 5 Mei 2023 lalu. Sesi perkongsian tersebut dikendalikan oleh Ketua Cawangan Kerajaan PenMas, PKPj Samsul Salip.

 

Program diakhiri dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh Setiausaha Agung PBSMM, Hj. Hakim Hj. Hamzah dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, YBhg. Datuk Razim Mohd Noor. Turut hadir, Naib Pengerusi PBSMM Kebangsaan, YBhg. Dato’ Sri Hj. Suhaimi Hj. Yacob.


Hit : 1579