Berita Pendidikan

Program Advokasi Penetapan Badan Awam Terhadap Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang (Negeri & Kawasan), Ke Arah Mencegah Ketirisan Dana Tahun 2023 (Siri 4)

PULAU PINANG, 23 Jun - Satu Program Advokasi Penetapan Badan Awam Terhadap Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan (PPN & PPK) Ke Arah Mencegah Ketirisan Dana Tahun 2023 (Siri 4) telah diadakan di Dewan Peladang PPK Lahar Bubu, Kepala Batas, Pulau Pinang dengan kerjasama strategik Pendaftar Pertubuhan Peladang.

 

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi penerangan, penjelasan serta kefahaman berhubung Perintah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Penetapan Badan Awam) 2023 terhadap Pertubuhan Peladang serta ke arah pengurusan dana dan tatakelola yang baik dalam Pertubuhan sekaligus dapat mengurangkan ketirisan dana kerajaan.

 

Pembukaan program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pemangku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Lahar Bubu, YBhg. Datuk Haji Md Zabidi bin Arifin dan disusuli oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Datuk Razim bin Mohd Nor.

 

Program kemudian disusuli dengan taklimat dan dialog khas yang disampaikan oleh pegawai dari Cawangan Sosiobudaya dan Politik (CSBP) Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) KPKPs Kamsiah Ahmad yang mana beliau menekankan implikasi pewartaan badan awam terhadap pertubuhan peladang serta pengurusan dana dan tatakelola yang baik dalam mengurangkan ketirisan dana kerajaan.

 

Dengan penyertaan 120 orang peserta, program ini turut dihadiri pengarah LPP Negeri Pulau Pinang, Pengerusi Ahli Jemaah PPK Lahar Bubu, Timbalan Pengarah Negeri LPP, Pengurus Besar LPP Negeri Pulau Pinang dan Ahli Jemaah Pengarah PPN dan PPK.


Hit : 1972