Berita Menarik

SPRM Beri Peringatan Perkukuh Integriti Dan Jauhi Rasuah Kepada Warga Pengurusan Halal JAKIM

PUTRAJAYA, 6 Jun - SPRM dan Unit Integriti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama melaksanakan Program Kesedaran Antirasuah Pengurusan Industri Halal dalam memastikan kefahaman dan kesedaran para juruaudit dan penguatkuasaan produk halal dalam memastikan integriti pegawai JAKIM dipelihara serta bebas dari rasuah.

 

Program disasarkan kepada pegawai yang bertugas di sektor operasi menjalankan tugas juruaudit,  pemantauan dan pematuhan pensijilan halal bagi meningkatkan kesedaran atas risiko  terdedah kepada isu penajaan, salah guna kuasa, kebocoran maklumat dan pengaruh luar yang mempengaruhi keputusan yang dibuat.

 

Pengarah Bahagian Halal JAKIM, Haji Mohd Zamri Shafik sebagai ahli panel sesi dialog antirasuah 'Mengenal Pasti Tahap Risiko Industri Halal' turut menegaskan mengenai garis panduan dan SOP pensijilan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta tanpa berkompromi dengan rasuah. Turut bertindak sebagai ahli panel adalah Timbalan Pengarah Outreach PenMas, KPKPj Ab. Muneim Ibrahim.

 

Terdahulu, sesi dimulakan dengan slot 'Interaksi & Refleksi: Ada ke Tiada' diikuti slot perkongsian dari bekas pesalah rasuah, Md. Sharizal Che Dan (Castello) bagi menyuntik elemen kesedaran mengenai kesan rasuah.


Hit : 1661