Berita Pendidikan

SPRM Tawau seru Sabah Softwoods Berhad pertingkatkan tadbir urus kewangan yang baik elak ketirisan

TAWAU, 17 Mei - SPRM Tawau meneruskan kerjasama dengan Sabah Softwoods Berhad (SSB) bagi menggelakkan ketirisan dalam perolehan dan hasil bumi Sabah sempena pelancaran sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001:2016.

 

Matlamat utama perlaksanaan program ini adalah membantu memberi pendidikan antirasuah serta khidmat nasihat berkaitan isu perolehan. Ceramah antirasuah telah disampaikan oleh PPj Richard Hii Ding Yin, Ketua Cawangan SPRM Tawau kepada 84 orang peserta yang melibatkan ketua-ketua jabatan dan pengurus-pengurus ladang SSB. Semua warga SSB juga disarankan untuk memperkasakan budaya antirasuah dan meningkatkan tadbir urus kewangan yang lebih efisen dan sentiasa peka kepada kelemahan yang wujud bagi menutup ruang dan peluang bagi menggelakkan ketirisan.

 

Seterusnya, majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dimulakan dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Arsyad Bin Bistari, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Sabah Softwoods Berhad. Dalam ucapannya, beliau menyatakan program pada ini adalah sangat bertepatan dengan hasrat SSB dalam membendung isu rasuah dan salahgunakuasa serta meningkatkan tahap integriti dalam pengurusan tertinggi dan semua kakitangan SSB.

 

Turut hadir YBhg. Datuk Haji Mohd Daud bin Tampokong, Ketua Pegawai Eksekutif SSB dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD).


Hit : 1588