Berita Menarik

Program dialog antara Syarikat Terengganu Incorporated dan anak-anak syarikat bersama SPRM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Mei  - Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated (TI) Encik Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, bersama 25 orang Pegawai Kanan Korporat TI dan Ketua-Ketua Unit Integriti dan Governan terdiri daripada sembilan anak syarikat di bawah kumpulan TI telah mengadakan sesi dialog bersama Pengarah SPRM Terengganu sempena kunjungan hormat deligasi Kumpulan TI di Kompleks SPRM Terengganu.

 

Dalam program dialog ini, pelbagai isu dibincangkan berkaitan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak TI dalam memastikan tadbir urus yang baik (Good Governance) dan tiada ketirisan berlaku di dalam organisasi.

 

Isu utama yang diutarakan oleh pihak TI bagaimana syarikat swasta mengambil inisiatif yang ditawarkan pihak kerajaan dalam perlaksanaan program-program pencegahan rasuah kepada komuniti setempat dan mendapatkan potongan cukai daripada kerajaan.

 

Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid menyambut baik langkah yang diambil oleh Pengurusan Tertinggi TI dalam membudayakan anti rasuah dan tadbir urus baik sekaligus dapat mengelakkan liabiliti kesalahan dibawah Peruntukan seksyen 17A Akta SPRM 2009.

 

Turut hadir dalam program ini PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan), PPj Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) dan pegawai-pegawai Unit Penmas SPRM Terengganu.


Hit : 1623