Berita Pendidikan

SPRM zahir komitmen bantu DBP perangi rasuah dalam perolehan jabatan

KUALA LUMPUR, 15 Mei  - SPRM menyatakan komitmen untuk membantu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menganjurkan siri program antirasuah kepada pegawai dan kakitangannya terutama berkaitan perolehan jabatan. Ia diterjemahkan dengan  Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Balai Seni Tun Syed Nasir.  

 

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, menyeru para cendekiawan dan karyawan serta warga DBP keseluruhannya untuk menghayati semangat IBR yang dilafazkan dan diharapkan agar sentiasa mengamalkan Integriti dan tidak berkompromi dengan rasuah.

 

Dr. Hazami turut menyatakan hasrat untuk meneruskan program-program pengukuhan antirasuah kepada warga DBP terutama kepada pegawai yang terlibat dalam perolehan dan pengurusan kewangan jabatan.

 

Beliau turut mengetuai lafaz ikrar IBR bersama 250 warga DBP dengan disaksikan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (Outreach) SPRM, KPKPj Ab Muneim Ibrahim.


Hit : 924