Berita Pendidikan

SPRM BERI KOMITMEN TERUS BEKERJASAMA DENGAN UiTM DALAM MENDIDIK ANTIRASUAH

SHAH ALAM, 12 Mei – SPRM akan beri komitmen yang jitu kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam melaksanakan inisiatif mendidik staf dan pelajarnya berkaitan antirasuah. Ia dizahirkan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor berdasarkan kerjasama erat dalam melaksanakan beberapa program sebelum ini, semasa berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pusat Tanggungjawab Di Bawah Seliaan Naib Canselor UiTM di sini.

Datuk Razim turut memuji usaha UiTM dalam menginstitusikan IBR melalui Pekeliling Naib Canselor Bil. 9 Tahun 2022 supaya dilaksanakan apabila seseorang Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertukar. Ini kerana tugas PTJ sebagai 'gatekeeper' akan melibatkan perolehan dan pengurusan kewangan universiti berdepan risiko rasuah. Justeru perlulah dipertingkatkan semakan ‘check and balance’ sebelum sesuatu boleh dimuktamadkan.

Lafaz IBR telah dipimpin oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dengan dihadiri seramai 500 pegawai dari semua PTJ di UiTM. Turut hadir Penasihat Undang-Undang UiTM, Prof. Dr. Haidar Dziyauddin.


Hit : 1846