Berita Pendidikan

SPRM dekati Warga Jabatan Warisan Negara melalui inisiatif antirasuah secara holistik

KUALA LUMPUR, 10 Mei - Kerjasama SPRM dengan Jabatan Warisan Negara Malaysia (JWNM) terus digembleng dalam memberi pendedahan berkaitan pemahaman antirasuah, kesedaran dan pelaksanaan inisiatif secara holistik. Beberapa siri program telah disusun melibatkan pelbagai peringkat staf agar mesej antirasuah ini dapat dihayati dan dibendung daripada berlaku.

Ia diterjemahkan dalam ucapan Timbalan Ketua Pengarah JWNM, Mohamad Muda Bahadin supaya mutu penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang, berintegriti dan bebas rasuah dikekalkan sejajar dengan akujanji lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JWNM yang diadakan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Mohamad Muda turut mengetuai lafaz IBR ini dengan disaksikan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPj Ab Muneim Ibrahim dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohd Yusri Md Yusof.

Majlis diakhiri dengan Pelancaran Pelan AntiRasuah JWNM 2023 - 2027 bersama kehadiran 100 pegawai dan kakitangan JWNM.


Hit : 1049