Berita Pendidikan

Majlis Daerah Pengkalan Hulu Pupuk Nilai Integriti Dalam Organisasinya Melalui Lafaz IBR

PENGKALAN HULU, 29 Jun – Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) pupuk nilai antirasuah dan integriti dalam kalangan warga kerjanya dengan mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Persidangan MDPH, Pengkalan Hulu Perak hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Meor Shahibul Fadilah Zainuddin, Yang Dipertua MDPH dan disaksikan oleh PKPj Jaafar Tajudin, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Perak. Seramai 50 orang ahli-ahli majlis serta warga kerja MDPH turut hadir bagi melafaz ikrar ini sebagai akujanji menolak perbuatan rasuah sepanjang melaksanakan tugas.

 

Diharapkan dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh warga kerja MDPH ini dapat meningkatkan kesedaran bahaya rasuah dalam perkhidmatan perolehan di dalam organisasi tersebut.


Hit : 1968