Berita Terkini

Warga Majlis Daerah Sarikei Sarawak Sepakat Jauhi Rasuah Dengan Melafaz IBR

SARIKEI, 22 Jan - Majlis Daerah Sarikei Sarawak melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Aras 1, Dewan Sentral Sarikei hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Puan Azura Klem, Pegawai Tadbir Unit Integriti dan disaksikan PKPs Among Jengga, SPRM Cawangan Sibu.

Seramai 99 orang kakitangan termasuk Ahli Majlis hadir ke majlis ini dan peserta juga diberi pendedahan berkaitan Akta ASPRM 2009 melalui satu taklimat yang diadakan dalam majlis yang sama.

Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Sait anak Enggang, Setiausaha Majlis Daerah Sarikei.


Hit : 2519