Berita Pendidikan

SPRM Perak Sebar Luas Mesej Antirasuah Melalui Misi 600KM

BATU GAJAH, 9 Nov - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak mengadakan program Jelajah Integriti Pelancongan selama 3 hari, bermula pada hari ini. Program ini membabitkan seramai 80 peserta konvoi bermotosikal yang bergerak mengelilingi hampir 600 kilometer di sekitar negeri Perak.

YBhg. Dato Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad, Pengarah SPRM Perak mengambil inisiatif secara santai bagi mendekati masyarakat khususnya kepada pengusaha pelancongan untuk menyebarluas mesej pencegahan rasuah selain mempergiat lagi integriti industri pelancongan di negeri ini.

Majlis pelepasan konvoi telah dirasmikan oleh YB. Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak bertempat di tapak warisan kapal korek di Tanjung Tualang Tin Dredge 5 (TT5).

Antara lokasi yang menjadi persinggahan adalah Kellie Castle, Menara Condong Teluk Intan, Masjid Al-Khairiah, Dataran Bagan Datuk, Ban Pechah, Zoo Taiping dan Lost World of Tambun di Ipoh.

SPRM Perak berharap dengan adanya program sebegini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan masyarakat di negeri ini. 


Hit : 500