Berita Menarik

Tiga pengarah syarikat direman berhubung kes tuntutan palsu RM65,000

GEORGE TOWN – Tiga pengarah sebuah syarikat direman selama empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tuntutan palsu membabitkan nilai RM65,000.


Perintah reman sehingga Ahad ini itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah, Balqis Roslin selepas permohonan dibuat oleh pegawai Permohonan Reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Azlan Basri.


Suspek lelaki berusia 29, 30 dan 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tohmahan mengemukakan tuntutan palsu pembekalan implan ortopedik.


Barangan itu bagi dibekalkan kepada agensi-agensi bantuan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pusat zakat.


Difahamkan suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu di ibu pejabat SPRM di sini semalam.


Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. 


Sumber : Kosmo


Hit : 2242