Berita Terkini

KP SPRM Sokong Usaha KASA Perangi Rasuah


Putrajaya, 24 Jun – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menyokong usaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ke arah memerangi jenayah rasuah berkaitan aktiviti penguatkuasaan terhadap isu alam sekitar di negara ini.


Datuk Seri Azam berkata pelan pembangunan OACP diharapkan dapat membantu kementerian dalam memastikan tanggungjawab memelihara alam sekitar dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab semua pihak tanpa ada unsur-unsur tidak berintegriti.


“Pelan ini akan memudahkan pencapaian visi dan misi serta mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di KASA.


“Jika alam sekitar tidak dijaga dengan berintegriti, maka ianya akan menyebabkan kepada pelbagai masalah yang mendatang,” ujar beliau.


Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) KASA 2021-2025 secara maya hari ini.


Tambah beliau, bermula September 2019 hingga bulan ini, SPRM telah membantu 65 agensi awam dan swasta dalam usaha membangunkan Pelan Antirasuah.


Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta Timbalan Menteri KASA, Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Mohammad dan Ketua Setiausaha KASA, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.


Hit : 690