Berita Terkini

SPRM Terima Kunjungan Hormat Jabatan Laut Malaysia

Putrajaya, 26 Apr. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) di Ibu Pejabat SPRM hari ini.


Kunjungan hormat ini diketuai oleh Ketua Pengarah Laut, Dato’ Haji Baharin Dato’ Abdul Hamid dan disambut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.


Kunjungan hormat ini merupakan langkah proaktif yang dirangka oleh pihak pengurusan JLM bersama SPRM bagi meningkatkan tanggungjawab untuk memerangi jenayah rasuah dalam kalangan warga kerja.


Dalam pertemuan ini, SPRM dan JLM turut berkongsi pendapat dalam isu-isu semasa berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.


Lawatan ini juga menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk menyebar luas amalan baik secara berterusan dalam organisasi masing-masing.


Hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato' Sri Ahmad Khusairi Yahaya; Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM, KPKPj Nurahim Abd. Rahim serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JLM, Hj. Wan Endok Wan Salleh.


Hit : 2704