Berita Terkini

KP SPRM Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) Pertama Tahun 2021

Putrajaya,14 Apr – Seramai 331 peserta Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dari 9siri CeIO Awam, Swasta, GLC dan Eksekutif bagi tahun 2019 dan 2020 telahberjaya ditauliahkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengiktirafan Pegawai IntegritiBertauliah (LPPIB) pada 12 April lalu.

Mesyuarat LPPIBSiri 18 Bil.1/2021 ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, DatukSeri Azam Baki selaku Pengerusi LPPIB.

Datuk Seri Azamdalam pada itu juga turut memaklumkan bahawa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia(MACA) telah berjaya mengendalikan program CeIO ini seratus peratus secara atastalian bagi Program CeIO Awam Siri 26 Bil. 1/2021 dan Program CeIO GLC Siri 3Bil.1/2021 bagi tahun 2021.

"Walaupuntahun 2020 kita berhadapan dengan cabaran mengadakan program akibat pandemikCovid-19, namun MACA telah dapat melaksanakan kursus-kursus CeIO dengan jayanyabersesuaian dengan kaedah norma baharu," ujar beliau.

Datuk Seri Azam danahli-ahli LPPIB turut mengharapkan agar semua CeIO dapat menjalankan tugasansecara efisien dan profesional serta dapat melibatkan diri secara aktif dalamPersatuan Pegawai CeIO (ACeIO).

Beliau turutmenyeru kepada CeIO yang masih belum menghantar laporan aktiviti integriti diagensi masing-masing untuk berbuat demikian dalam masa terdekat bagi tujuanpelanjutan Pentauliahan CeIO.

Turuthadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib; KetuaPegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Nor Azimah Abdul Aziz;Ethics Arbitrator, Malaysia Direct Distribution Association (MDDA), Dr. ZainalAbidin Abdul Majeed; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan danProfesionalisme) SPRM, Dato’ Junipah Wandi; Pengarah MACA, Dato’ Haji IdrisZaharudin dan Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM, KPKPjNurahim Abd Rahim.

 


Hit : 390