Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Mahadzir bin Jaafar |
No Pengenalan Diri | 650930-02-XXXX/T300XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Kategori | Penjawat Awam |
Majikan | Muzium Tentera Darat, Port Dickson |
Jawatan | Leftenan Kolonel (Ketua Sel Sejarah) |
Mahkamah | Mahkamah Khas Rasuah Seremban |
Hakim | Puan Madihah binti Harullah |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mohamad Azriff Firdaus bin Mohamad Ali |
Peguam Bela | 1. Letf. Kol Hanif Zakaria & Azman Zakaria |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-24 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | 61R-2-3/2019 | Antara 4/8/2015 dan 2/9/2014, di Muzium tentera Darat Kem Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan, sebagai Pegawai Staf 1 Sejarah, Muzium Tentera Darat Port Dickson telah menggunakan suatu dokumen iaitu Pesanan Kerajaan LO20133010114XXXX, yang mengandungi butir matan yang palsu iaitu kamu telah membuat pengesahan penerimaan bekalan perkhidmatan berhubung dengan pembelian terus bagi membekalkan bahan mentah dan bantu diri bernilai Rm19,000.00, sedangkan pembekalan tersebut langsung tidak dibuat dan dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipal kamu melalui Norhisham bin Saharjo. | Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 | Penjara 1hari dan denda RM95,000.00 dan jika gagal bayar penjara 3 bulan. |
Tertuduh | Siti Sadiah binti Sundai @ Sarudin |
No Pengenalan Diri | 820804-12-XXXX |
Jantina | Perempuan |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Kategori | Swasta |
Majikan | Syarikat Tunas Wawasan Enterprise |
Jawatan | Pemilik Syarikat |
Mahkamah | Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu |
Hakim | Tuan Abu Bakar bin Manat |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Mohd. Faliq bin Basirudin |
Peguam Bela | 1. PJ Perira (PJ Perira & Dasan) |
Sabitan Lampau | Tiada |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-18 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BKI-62R-8/2-2020 | KES BKI-62R-8/2-2020 PERTUDUHAN PERTAMA Pada 24.11.2016, di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, sebagai pemilik Syarikat Tunas Wawasan Enterprise telah menggunakan Penyata Akaun CIMB Bank Berhad atas penama Syarikat Tunas Wawasan Enterprise bertarikh 31.7.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan Tender Perhidmatan Bekalan Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Sekolah Kebangsaan Tetagas, Nabawan yang mana kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | Seksyen 471 Kanun Keseksaan | Penjara 1 bulan dan denda RM5, 000.00 bagi setiap pertuduhan (jika gagal bayar 4 bulan penjara). |
2 | PERTUDUHAN KEDUA Pada 24.11.2016, di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, sebagai pemilik Syarikat Tunas Wawasan Enterprise telah menggunakan Akaun CIMB Bank Berhad atas penama Syarikat Tunas Wawasan Enterprise bertarikh 31.8.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan Tender Perhidmatan Bekalan Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Sekolah Kebangsaan Tetagas, Nabawan yang mana kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | |||
3 | PERTUDUHAN KETIGA Pada 24.11.2016, di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, sebagai pemilik Syarikat Tunas Wawasan Enterprise telah menggunakan Penyata Akaun CIMB Bank Berhad atas penama Syarikat Tunas Wawasan Enterprise bertarikh 31.9.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan Tender Perhidmatan Bekalan Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Sekolah Kebangsaan Tetagas, Nabawan yang mana kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | |||
4 | BKI-62R-9/2-2020 | PERTUDUHAN PERTAMA Pada 24.11.2020 di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Kota Kinabalu telah menggunakan Penyata Akaun RHB Bank Berhad atas penama Syarikat H.A.M Bersaudara bertarikh 1.7.2016 - 31.7.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi SK Longggongon, Nabawan, yang kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | Penjara 1 bulan dan denda RM5,000.00 bagi setiap pertuduhan. (jika gagal bayar 4 bulan penjara). | |
5 | PERTUDUHAN KEDUA Pada 24.11.2020 di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Kota Kinabalu telah menggunakan Penyata Akaun RHB Bank Berhad atas penama Syarikat H.A.M Bersaudara bertarikh 1.8.2016 - 31.8.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi SK Longggongon, Nabawan, yang kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | |||
6 | PERTUDUHAN KETIGA Pada 24.11.2020 di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Kota Kinabalu telah menggunakan Penyata Akaun RHB Bank Berhad atas penama Syarikat H.A.M Bersaudara bertarikh 1.9.2016 - 30.9.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi SK Longggongon, Nabawan, yang kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | |||
7 | BKI-62R-10/2-2020 | PERTUDUHAN PERTAMA Pada 24.11.2016, di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, telah menggunakan Penyata Akaun RHB Bank Berhad atas penama Syarikat Tunas Impian Enterprise bertarikh 1.7.2016-31.7.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk mendapatkan Tender Perkhidmatan Bekalan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi SMK Bingkor, Keningau yang mana kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | Penjara 1 bulan dan denda RM10,000.00 bagi setiap pertuduhan. (jika gagal bayar 8 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. | |
8 | PERTUDUHAN KEDUA Pada 24.11.2016, di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, telah menggunakan Penyata Akaun RHB Bank Berhad atas penama Syarikat Tunas Impian Enterprise bertarikh 1.8.2016-31.8.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk mendapatkan Tender Perkhidmatan Bekalan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi SMK Bingkor, Keningau yang mana kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. | |||
9 | PERTUDUHAN KETIGA Pada 24.11.2016, di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, telah menggunakan Penyata Akaun RHB Bank Berhad atas penama Syarikat Tunas Impian Enterprise bertarikh 1.9.2016-30.9.2016 yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk maksud mendapatkan Tender Perkhidmatan Bekalan Bermasak ke Asrama Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi SMK Bingkor, Keningau yang mana kamu ketahui bahawa ia adalah palsu. |
Tertuduh | Mohd Nor bin Mamat |
No Pengenalan Diri | 730726-11-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Badan Berkanun |
Majikan | Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam |
Jawatan | Pensyarah DM54 |
Mahkamah | Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam |
Hakim | Puan Rozilah binti Salleh |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Fadhli bin Ab Wahab |
Peguam Bela | 1. Encik Fahmi bin Abdul Moin (Law Practice of Rafique) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-11 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-61R-14-07/2019 | PERTUDUHAN PILIHAN Pada 28 Oktober 2016 di Maybank Cawangan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor sebagai seorang penjawat awam iaitu Pensyarah gred DM54 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, telah menggunakan perniagaan yang dimiliki oleh kamu iaitu IIII Education Services untuk menerima pembayaran berjumlah RM500.00 daripada Nurzahidah Binti Haji Jaafar yang dimasukkan ke dalam akaun IIII Education Services bagi bayaran peserta untuk program International Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design 2016 yang telah dijalankan pada 21-22 November 2016 di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam sedangkan kamu tidak pernah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan kamu untuk terlibat dalam pekerjaan luar. | Seksyen 168 Kanun Keseksaan | Denda RM3,000.00 (jika gagal bayar 2 bulan penjara) |
Tertuduh | Mohd Azhar bin Mohd Ariff |
No Pengenalan Diri | 661016-05-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Kategori | Badan Berkanun |
Majikan | Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) |
Jawatan | Penolong Pegawai Penyelidik |
Mahkamah | Mahkamah Khas Rasuah Seremban |
Hakim | Puan Madiha binti Harullah |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Mohamad Azriff Firdaus bin Mohamad Ali |
Peguam Bela | 1. Mohd Aliff Tarmizi (Aliff & Co.) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-11 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | 61R-1-6/2016 | NO. KES 61R-1-6/2016 PERTUDUHAN PERTAMA Antara tarikh 29.5.2013 sehingga 19.6.2013, di Hotel The Royale Bintang Resort & Spa, Jalan Dato' A.S. Dawood, Seremban, Negeri Sembilan, telah secara rasuah menawarkan suapan iaitu wang tunai RM50,000.00 kepada Mohd Haziman bin Mahmood, Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai dorongan untuk menutup dan menyelesaikan siasatan SPRM yang dilakukan ke atas diri kamu iaitu berkaitan dengan pengesahan palsu pada Borang Pemeriksaan Kebun MPOB dan penyelewengan Skim Tanaman Semula Sawit di Felda Raja Alias Jempol, Negeri Sembilan. | Seksyen 17(b) & 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 | Pertuduhan 1 Penjara 5 tahun dan denda RM250,000 (jika gagal bayar 18 bulan penjara). |
2 | PERTUDUHAN KEDUA Pada 19.6.2013, jam lebih kurang 4.15 petang di Bilik 903 Hotel The Royale Bintang Resort & Spa, Jalan Dato' A.S. Dawood, Seremban, Negeri Sembilan, telah secara rasuah memberi suapan iaitu wang tunai RM10,000.00 kepada Mohd Haziman bin Mahmood, Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai dorongan untuk menutup dan menyelesaikan siasatan SPRM yang dilakukan ke atas diri kamu iaitu berkaitan dengan pengesahan palsu pada Borang Pemeriksaan Kebun MPOB dan penyelewengan Skim Tanaman Semula Sawit di Felda Raja Alias Jempol, Negeri Sembilan. NO. KES 61R-3-9/16 Pada 20.6.2012, di Pejabat TUNAS MPOB (Malaysian Palm Oil Board) Kawasan Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, sebagai seorang ejen kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah menggunakan suatu dokumen iaitu Borang Pemeriksaan Kebun - SITS/PRE2 BD-L01 atas nama pemohon Nizamudin bin Abd. Rahman, yang mana kamu telah mengesahkan melawat dan memeriksa kebun di Lot No 6870 dan Lot 4055, Daerah Kuala Pilah, Mukim Ulu Muar dan Seri Menanti, dan mengesahkan di kebun tersebut mengandungi pokok tunggul sawit tua yang telah ditebang dan anak pokok sawit ditanam, sedangkan kamu tidak membuat sebarang pemeriksaan dan lawatan pada lot-lot kebun tersebut, dan tidak terdapat sawit tua dan anak pokok sawit ditanam di lot-lot kebun tersebut, yang mana kamu mengelirukan Penolong Pegawai Penyelidik MPOB Abdul Hakim Suboh dan Timbalan Ketua Pengarah MPOB Ahmad Sidek bin Stroo. | Pertuduhan 2 Penjara 3 tahun dan denda RM50,000 (jika gagal bayar 12 bulan penjara). Hukuman penjara berjalan serentak. | ||
3 | KES 61R-5-9/16 | PERTUDUHAN Pada 19.3.2012, di Pejabat TUNAS MPOB (Malaysian Palm Oil Board) Kawasan Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, sebagai seorang ejen kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah menggunakan suatu dokumen iaitu Borang Pemeriksaan Kebun - SITS/PRE2 BD-L01 atas nama pemohon Md Sulaiman bin Ahmad, yang mana kamu telah mengesahkan melawat dan memeriksa kebun di Lot No 5295, Daerah Kuala Pilah, Mukim Sri Menanti dan mengesahkan di kebun tersebut mengandungi pokok tunggul sawit tua yang telah ditebang dan anak pokok dawit ditanam, sedangkan kamu tidak membuat sebarang pemeriksaan dan lawatan pada lot kebun tersebut, pemilik sebenar geran tersebut bukan Md Sulaiman bin Ahmad, dan tidak terdapat sawit tua dan anak pokok sawit ditanam di lot kebun tersebut, yang mana kamu mengelirukan Penolong Pegawai Penyelidik MPOB Abdul Hakim Suboh dan Timbalan Ketua Pengarah MPOB Ahmad Sidek bin Stroo. | Penjara 3 tahun dan denda RM10,000 (jika gagal bayar 8 bulan penjara). | |
4 | KES 61R-6-9/16 | PERTUDUHAN Pada 15.2.2012, di Pejabat TUNAS MPOB (Malaysian Palm Oil Board) Kawasan Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, sebagai seorang ejen kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah menggunakan suatu dokumen iaitu Borang Pemeriksaan Kebun - SITS/PRE2 BD-L01 atas nama pemohon Abdul Aziz bin Ishak, yang mana kamu telah mengesahkan melawat dan memeriksa kebun di Lot No 606, 1283 dan 583, Daerah Kuala Pilah, Mukim Ulu Jempol dan mengesahkan di kebun-kebun tersebut mengandungi pokok tunggul sawit tua yang telah ditebang dan anak sawit ditanam, sedangkan kamu tidak membuat sebarang pemeriksaan dan lawatan pada lot-lot kebun tersebut, pemilik sebenar geran tersebut bukan Abdul Aziz bin Ishak, dan tidak terdapat sawit tua dan anak sawit ditanam di lot-lot kebun tersebut, yang mana kamu mengelirukan Penolong Pegawai Penyelidik MPOB Abdul Hakim Suboh dan Timbalan Ketua Pengarah MPOB Ahmad Sidek bin Stroo. | Penjara 3 tahun dan denda RM10,000 (jika gagal bayar 8 bulan penjara). NO. KES 61R-3-9/16 Penjara 3 tahun dan denda RM10,000 (jika gagal bayar 8 bulan penjara). |
Tertuduh | Mohd Roslin bin Abd Rashid |
No Pengenalan Diri | 690415-11-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Kategori | Swasta |
Majikan | Tanjung Sulong Export Terminal - Petronas Gas Berhad |
Jawatan | Juruteknik Mekanikal |
Mahkamah | Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu |
Hakim | Tuan Jamaludin bin Hj. Mat |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Nor Hamizah binti Ghazali |
Peguam Bela | 1. Encik Zamri (Syukri, Zamri & Azran Associates)
|
Sabitan Lampau | Tiada |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-11 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | TA-62R-1-09/2019 | PERTUDUHAN PERTAMA Pada 08 Januari 2018, di Pantai Marina, Kemaman, Terengganu, telah secara rasuah meminta daripada Muhammad bin Ismail untuk diri kamu suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM5,000.00 sebagai upah untuk mengesahkan tuntutan kerja-kerja pemasangan dan pembukaan perancah di Export Terminal Tanjung Sulong bagi September, Oktober dan November tahun 2017. | Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 | Penjara 6 bulan dan denda RM25,000.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara |
Tertuduh | Subari |
No Pengenalan Diri | No. PasporXXXX31406130782XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Indonesia |
Negeri | Sarawak |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | Tiada maklumat |
Jawatan | Operator Kilang |
Mahkamah | Mahkamah Khas Rasuah Kuching |
Hakim | Tuan Nixon Kennedy Kumbong |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Ikhwan bin Mohd Ibrahim |
Peguam Bela | 1. Tiada |
Sabitan Lampau | Tiada |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-10 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | KSN-62R-2/2-2020 | Pada 3 Februari 2020, jam lebih kurang 10.50 pagi, di luar Balai Polis Tebedu, Serian, Sarawak telah secara rasuah memberikan wang sebanyak RM80.00 kepada ASP Mohd Mazlan bin Mohd Ariff yang bertugas di Batalion 11, Pasukan Gerakan Am, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap kamu yang telah disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Act 155]. | Seksyen 17(b) Akta Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 | Penjara 2 hari dan denda RM10,000 jika gagal bayar 1 bulan penjara) Wang rasuah yang terlibat dilucut hak 14 hari selepas tarikh hukuman dijatuhkan. |
Tertuduh | Abdul Manap bin Sidek |
No Pengenalan Diri | 691214-02-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Badan Berkanun |
Majikan | Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) |
Jawatan | Pengurus FELDA |
Mahkamah | Mahkamah Sesyen Shah Alam |
Hakim | Puan Rozilah binti Salleh |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Michael Joimin |
Peguam Bela | 1. Tiada maklumat |
Sabitan Lampau | Tiada |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-06 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-61R-16-10/2019 | PERTUDUHAN KETIGA Pada 18hb Ogos 2017, bertempat di pejabat FELDA Sg. Tengi, Hulu Selangor, Selangor dengan curangnya telah menyembunyikan pembayaran cek Maybank bernombor 507731 berjumlah RM3, 787.50 yang sepatutnya dibayar kepada Wan Manap Enterprise melalui Baucar Bayaran Nombor 352655565 ke dalam akaun Maybank yang dibuka atas nama kamu dan kamu mengetahui bahawa bayaran tersebut bukanlah milik kamu. | Seksyen 424 Kanun Keseksaan | Denda RM2, 500.00 (jika gagal bayar 3 bulan penjara) |
2 | PERTUDUHAN KEEMPAT Pada 18hb Ogos 2017, bertempat di pejabat FELDA Sg. Tengi, Hulu Selangor, Selangor dengan curangnya telah menyembunyikan pembayaran cek Maybank bernombor 507732 berjumlah RM2, 135.85 yang sepatutnya dibayar kepada Normah binti Safie melalui Baucar Bayaran Nombor 352655568 ke dalam akaun Maybank yang dibuka atas nama kamu dan kamu mengetahui bahawa bayaran tersebut bukanlah milik kamu. |
Tertuduh | Tan Khai Seong |
No Pengenalan Diri | 850422-10-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Badan Berkanun |
Majikan | Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) |
Jawatan | Peguam |
Mahkamah | Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam |
Hakim | Puan Rozilah binti Salleh |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Muhamad Suffian bin Jaafar |
Peguam Bela | 1. Ethan Tan (WH Darshne & Associate) |
Sabitan Lampau | Tiada |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2020-02-06 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-37-06/2019 | PERTUDUHAN PILIHAN PERTAMA Antara 19 Ogos 2015 dan 14 Oktober 2015, jam lebih kurang 9.00 pagi hingga 5.00 petang, di Pejabat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Shah Alam, Selangor telah menipu Ee Soon Ong, Pegawai Bertugas di Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Selangor untuk mempercayai bahawa butiran pada "Pre Trial Form" bertarikh 16 Ogos 2015 berjumlah RM200.00 yang menyatakan kamu telah menemuduga tahanan-tahanan seperti di Interview Sheet for Arrest yang kamu hantar adalah benar yang mendorong beliau memproses dan menghantar tuntutan itu ke Pejabat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk pembayaran yang mana beliau tidak akan berbuat demikian tanpa perdayaan kamu. | Seksyen 415 Kanun Keseksaan | Denda RM6, 000.00 |
2 | PERTUDUHAN PILIHAN KEDUA Antara 19 Ogos 2015 dan 14 Oktober 2015, jam lebih kurang 9.00 pagi hingga 5.00 petang, di Pejabat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Shah Alam, Selangor telah menipu Ee Soon Ong, Pegawai Bertugas di Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Selangor untuk mempercayai bahawa butiran pada "Pre Trial Form" bertarikh 23 Ogos 2015 berjumlah RM150.00 yang menyatakan kamu telah menemuduga tahanan-tahanan seperti di Interview Sheet for Arrest yang kamu hantar adalah benar yang mendorong beliau memproses dan menghantar tuntutan itu ke Pejabat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk pembayaran yang mana beliau tidak akan berbuat demikian tanpa perdayaan kamu. | |||
3 | PERTUDUHAN PILIHAN KETIGA Antara 19 Ogos 2015 dan 14 Oktober 2015, jam lebih kurang 9.00 pagi hingga 5.00 petang, di Pejabat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Shah Alam, Selangor telah menipu Ee Soon Ong, Pegawai Bertugas di Pusat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Selangor untuk mempercayai bahawa butiran pada "Pre Trial Form" bertarikh 15 September 2015 berjumlah RM250.00 yang menyatakan kamu telah menemuduga tahanan-tahanan seperti di Interview Sheet for Arrest yang kamu hantar adalah benar yang mendorong beliau memproses dan menghantar tuntutan itu ke Pejabat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk pembayaran yang mana beliau tidak akan berbuat demikian tanpa perdayaan kamu. |