Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.
Penafian: "Maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan."
Tertuduh | Ang Boon Chin |
No Pengenalan Diri | 610406-10-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Swasta |
Majikan | Syarikat Gallex Enterprise Sdn Bhd |
Jawatan | Pemilik Syarikat |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Fadhli bin Ab Wahab 2. PP Tuan Attfina binti Tuan Kamaluddin |
Peguam Bela | 1. Cik Lo Mei Na (Tetuan WDLOH & associates) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-15 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-26-04/2021 | Bahawa kamu, pada 23 Mac 2021, di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang, Jalan Kota, Dalam Daerah Klang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, secara rasuah telah memberi suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM10,000.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Mohamad Saiful Azri Bin Mohd Fouzi, Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Klang sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas syarikat milik kamu, Gallex Enterprise (M) Sdn Bhd yang sedang disiasat atas kesalahan menceroboh tanah kerajaan di Lot 85096, Jalan Lengkok Selatan, Taman Perindustrian Pandamaran, Selangor Darul Ehsan di bawah Seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum dibawah Seksyen dan Akta yang sama. | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Penjara 30 hari dan Denda RM30,000.00; gagal bayar penjara 3 bulan |
Tertuduh | Muhammad Akram |
No Pengenalan Diri | AM132XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Pakistan |
Negeri | Kedah |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | Buruh Binaan |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Tan Sew Ping |
Peguam Bela | 1. |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-15 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | KA-62R-16-04/2021 | Bahawa kamu pada 09 April 2021, jam lebih kurang 1030 pagi di Jalan Junjong, di dalam daerah Kulim, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah menawarkan suatu suapan, iaitu wang tunai RM 150.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Koperal Polis Haidil Fazly bin Md Asri yang bertugas di Cawangan Pengangkutan, IPD Kulim, sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kamu kerana telah melakukan kesalahan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, dan disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Dengan demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan. | Seksyen 214 Kanun Keseksaan | Penjara 1 hari dan denda RM5,000.00 |
Tertuduh | Md Shahinur Rahman |
No Pengenalan Diri | BW020XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Bangladesh |
Negeri | Johor |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | Petronas Rapid Pengerang |
Jawatan | Buruh Binaan |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Shatesh A/L Kumaran |
Peguam Bela | 1. Tan Boon Hong (Boon & Co. Advocates & Solicitors) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-12 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | JA-62R-8-04/2021 | Bahawa kamu pada 04 September 2020, jam lebih kurang 08.45 pagi, di Bangunan Truck Entrance Gate House Building 8810-GHB-803 Pintu Utama No. 2, Kompleks Bersepadu Pengerang, di dalam daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor telah secara rasuah memberikan satu suapan iaitu wang tunai RM 500.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Lans Koperal Muhd Syahrul bin Senapi Polis Bantuan Petronas di Petronas Refinery & Petrochemical Corporation Sdn. Bhd., Pengerang sebagai dorongan kepadanya untuk tidak membuat sesuatu yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya, iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Ruhul Amin yang disyaki yang disyaki melakukan kesalahan cuba menceroboh masuk ke kawasan Kompleks Bersepadu Pengerang dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama. | Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 | Penjara 1 hari dan denda RM10,000.00; gagal bayar 3 bulan penjara |
Tertuduh | Lee Chee Heng |
No Pengenalan Diri | 780904-01-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | |
Jawatan | Peniaga |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Yunus bin Mohamed |
Peguam Bela | 1. Vijaya Sandran A/L Tangavellu (Vijaya Sandran & Associates) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-11 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | JA-62R-7-04/2021 | Bahawa kamu pada 15 Oktober 2020, jam lebih kurang 4.15 petang, di No. 7, MLO 1413, Kampung Paya Dalam Palembang, di dalam Daerah Kluang, di dalam Negeri Johor, telah secara rasuah memberikan satu suapan iaitu wang tunai RM300.00 kepada seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Mohd Firdaus Bin Abdul Wahab Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang, sebagai dorongan kepadanya untuk tidak membuat sesuatu yang berhubungan dengan hal ehwal prosipalnya, iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kamu kerana menjalankan kerja-kerja tanah yang menyebabkan kekotoran dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama. | Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 | Penjara 1 hari dan Denda RM10,000.00; gagal bayar 3 bulan penjara |
Tertuduh | Theva Kumar a/l Krishnan |
No Pengenalan Diri | 80091508XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | W.P Kuala Lumpur |
Kategori | Swasta |
Majikan | Maxis Mobile Services Sdn Bhd |
Jawatan | Bekas ECP Operations & Governance |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Nor Diana Binti Nor Azwa |
Peguam Bela | 1. Dato Gobinath dari Mohanna & Co |
Sabitan Lampau | - |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-07 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | WA-62R-25-03/2021 | OKT telah diberikan suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM3,000.00 daripada Lim Eng Hong, Ketua Pegawai Eksekutif Elite Entertainment Sdn Bhd melalui akaun bank bernombor 01505370XXXX yang dimiliki oleh Caroline Josephine A/P Subramani kerana memberikan bilangan aduan pelanggan Maxis bagi syarikat Elite Entertainment Sdn Bhd daripada portal Customer Management Service System Maxis yang mana kamu telah melanggar peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) untuk melaporkan kesalahan pemberian tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia | Seksyen 25(1) ASPRM 2009 | OKT mengaku bersalah terhadap 2 pertuduhan alternatif di bawah seksyen 25(1) ASPRM 2009 Denda RM 7,000.00 dan Penjara 1 Hari |
2 | OKT telah diberikan suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM3,000.00 daripada Lim Eng Hong No, Ketua Pegawai Eksekutif Elite Entertainment Sdn Bhd melalui akaun bank bernombor 01505370XXXX yang dimiliki oleh Caroline Josephine A/P Subramani kerana memberikan bilangan aduan pelanggan Maxis bagi syarikat Elite Entertainment Sdn Bhd daripada portal Customer Management Service System Maxis yang mana kamu telah melanggar peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 | Seksyen 25(1) ASPRM 2009 |
Tertuduh | Sufian Hadi bin Mohamad Su |
No Pengenalan Diri | 781014-05-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | X-C Command Security Services Sdn Bhd |
Jawatan | Pengawal Keselamatan |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | |
Peguam Bela | |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-07 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | NA-61R-6-04/2021 | Bahawa kamu pada 19.02.2016 jam lebih kurang 5.50 petang, di tempat letak kereta Medan Selera Pasaraya Mydin Seremban 2, di dalam Daerah Seremban di dalam Negeri Sembilan, telah menipu Saifullah bin Sher Aziz, majikan kepada Naeem Khan bin Sabir Khan dengan memperdaya mereka untuk mempercayai bahawa kamu adalah seorang Pegawai Imigresen dan mendorong Saifullah bin Sher Aziz untuk memberikan kamu wang tunai RM500.00 sebagai dorongan untuk kamu melakukan suatu perkara, iaitu untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Naeem Khan bin Sabir Khan kerana kesalahan bekerja di kedai perabot menggunakan permit kerja ladang yang mana Saifullah bin Sher Aziz tidak akan memberikan wang sekiranya tidak diperdayakan sedemikian, dan dengan itu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. | Seksyen 417 Kanun Keseksaan | Denda RM6,000.00; gagal bayar 10 bulan penjara |
Tertuduh | Badrul Hisham Bin Besri |
No Pengenalan Diri | 711002-10-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Kategori | Swasta |
Majikan | Telekom Malaysia (TM) Kuala Lumpur |
Jawatan | Pengurus Besar Bahagian Kewangan |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. PP Azmi bin Yusuf 2. PP Abd Muntaqim bin Abdul Aziz |
Peguam Bela | 1. Dato' Salehuddin Saidin (Tetuan Salehuddin Saidin & Associates) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-07 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | BA-62R-9-07/2020 & BA-62R-12-07/2020 | Bahawa kamu dengan niat bersama, di antara 30 November 2012 hingga 19 Disember 2012, di level G, Block 25, Seroja Business Centre, Jalan Arca U8/80, Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, di dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah ditawarkan secara rasuah suatu suapan iaitu wang sebanyak RM1,000,000.00 oleh Mohd Fazli bin Sharudin iaitu Ketua Pegawai Eksekutif syarikat OXY Solutions Sdn. Bhd (OSSB), sebagai upah untuk mencadangkan syarikat OXY Solutions Sdn. Bhd (OSSB) supaya memperoleh kontrak Supply, Delivery, Installation, Configuration, Testing, Commissioning of Managed Intelligent Bandwidth Management Services (IBMS) For Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) daripada Telekom Malaysia Berhad yang mana kamu tahu suapan itu melanggar peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu untuk kamu ditawarkan suapan di dalam menjalankan tugas kamu dan kamu gagal melaporkan kepada pegawai Suruhanjaya tawaran suapan oleh Mohd Fazli bin Sharudin kepada kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 25(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. | Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 | Denda RM30,000.00 |
Tertuduh | Mohd Zafir Bin Zainuddin |
No Pengenalan Diri | 830414-07-XXXX |
Jantina | Lelaki |
Warganegara | Malaysia |
Negeri | W.P Kuala Lumpur |
Kategori | Orang Awam |
Majikan | - |
Jawatan | Tidak Bekerja |
Mahkamah | |
Hakim | |
Timbalan Pendakwa Raya / Pegawai Pendakwa | 1. TPR Azeem hafeez bin Jamaluddin |
Peguam Bela | 1. Cik Lo Mei Na (Tetuan WDLOH & associates) |
Sabitan Lampau | |
Tarikh Jatuh Hukuman | 2021-04-06 |
Rayuan |
# | No Kes | Ringkasan Pertuduhan | Kesalahan | Hukuman |
---|---|---|---|---|
1 | WA-62R-35-04/2021 | Bahawa kamu, pada 01.04.2021 jam lebih kurang 5.15 petang, di Restoran Darussalam Precint 9, dalam Daerah Putrajaya, dalam Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah memperdayakan Noorul Syakillah Binti Ramli dengan mengatakan diri kamu sebagai Pegawai Khas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan berjanji untuk mendapatkan peruntukan geran filem ‘RAMPAS” daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sedangkan kamu bukan Pegawai Khas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sehingga mendorong Noorul Syakillah Binti Ramli menyerahkan kepada kamu wang tunai RM 5,000.00 yang mana beliau tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 419 Kanun yang sama. | Seksyen 416 Kanun Keseksaan | Penjara 8 bulan |