Badan Pengurusan Bersama/Perbadanan Pengurusan (JMB/MC) di Bawah Pengurusan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Jabatan Perumahan Negara [ 01 Jan 2020 ]

SPRM menerima aduan berkaitan kelemahan pengurusan JMB/MC yang dikatakan tidak cekap dan tidak telus dalam menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan. Kelemahan itu juga dikaitkan dengan Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building atau COB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertanggungjawab menjalankan pengawasan terhadap JMB/MC.

Selaras dengan cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh SPRM, satu akta baru telah diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 (APS) (Akta 757). Akta ini secara rasmi menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Pengurusan) 2007 (BHB)(Akta 663) dan pemakaiannya berkuatkuasa pada 01 Jun 2015. Akta 757 ini berfungsi untuk memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam proses untuk menguruskan harta strata. Akta ini menangani dua isu utama, iaitu pengurusan dan penyenggaraan harta strata serta penyelesaian pertelingkahan dengan kewujudan Tribunal Pengurusan Strata. Berikut adalah perbandingan pindaan akta. 



Kesan pindaan akta pengurusan strata 2013

Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 dilihat akan dapat melancarkan proses pengurusan hartanah strata. Akta ini juga dapat memberikan platform untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tanpa merujuk mahkamah yangselalunya memakan masa yang panjang dan kos yang lebih mahal. KESIMPULANNYA Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 serta pindaan akta lama Akta Bangunan dan Harta Bersama (Pengurusan dan Penyenggaraan) 2007 ini diharapkan dapat dikuatkuasakan dengan jayanya bagi mentadbir sebanyak 14,998 bangunan bertingkat yang melibatkan penduduk seramai 1.2 juta orang di Semenanjung Malaysia.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |