Ketidakpatuhan dan Pelanggaran Prosedur Dalam kemudahan Khidmat Pengangkutan Bagi Pengurusan Sesuatu Projek [ 01 Jan 2020 ]

Pemeriksaan dijalankan berikutan laporan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) SPRM Perak berhubung isu kenderaan (yang diterima untuk pelaksanaan projek) tidak dipulangkan kepada pemilik projek selepas projek selesai. Pemeriksaan SPRM dibuat terhadap beberapa projek untuk mengkaji tatacara perolehan khidmat pengangkutan melalui kontrak kerja serta pelaksanaannya oleh agensi. Hasil pemeriksaan mendapati berlaku ketidakpatuhan dan pelanggaran prosedur seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 Tahun 1999 (SPP Bil. 13 Tahun 1999).

Kementerian Kewangan telahpun menambah baik Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 Tahun 1999 pada Perkara 10- Garis Panduan Penggunaan Khidmat Pengangkutan dan Kemudahan Peralatan Untuk Pengurusan Projek Melalui Kontrak Kerja.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |