Program Transformasi Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Automobil (ATOM) oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah (Kopusamaju) [ 23 Apr 2019 ]

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah mempersetujui dua cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Sabah berhubung pemantauan oleh pihak SKM Sabah terhadap pelaksanaan Program Transformasi Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Automobil (ATOM) yang dilaksanakan oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah (Kopusamaju).

Naib Pengerusi Eksekutif Ibu Pejabat SKM Zazali Haron telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan serta menggunapakai syor-syor tersebut di kesemua SKM di seluruh Malaysia.

Beliau berkata isu-isu yang telah dibangkitkan ini akan dijadikan terma rujukan bagi mewujudkan garis panduan pemantauan khas untuk Program TUKAR dan ATOM atau mana-mana program SKM.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah PKPj Awang Samsul Baharam Bungso di Pejabat SKM Negeri Sabah pada 23 April 2019.

UPMP SPRM Sabah akan melaksanakan pemantauan ke atas cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

• Mewujudkan garis panduan pemantauan khas untuk Program TUKAR dan ATOM oleh pihak SKM yang diletakkan di bawah pengawasan Bahagian Pemantauan dan Penilaian Projek, SKM.

• Mengeluarkan arahan kepada koperasi untuk mengemukakan salinan dokumen perjanjian di antara peminjam dan koperasi program TUKAR dan ATOM kepada SKM Cawangan Negeri.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |