Prosedur Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Menduduki Sementara (LMS) [ 26 Mar 2019 ]

Pejabat Tanah Galian (PTG) Negeri Kedah mempersetujui tiga cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Kedah berhubung prosedur permohonan tanah kerajaan secara Lesen Menduduki Sementara (LMS).

PTG Kedah Timbalan Pengarah (Pembangunan) Hj Mohd Shahadan Abdullah telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan kesemua syor.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Ketua UPMP SPRM Kedah PPj Azizun Hj Mohamad di Bilik Mesyuarat Pengarah PTG, Wisma Negeri Alor Setar pada 26 Mac 2019.

UPMP SPRM Kedah akan melaksanakan pemantauan ke atas cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

1. Mewujudkan satu sistem, perekodan permohonan serta charting pada litho syit setiap kali permohonan dilakukan bagi mengelak berlaku pertindihan permohonan ke atas tanah yang sama.

2. Mewujudkan satu garis panduan berkaitan prosedur penyiasatan untuk kes-kes tertentu terutamanya berkaitan permohonan Lesen Menduduki Sementara (LMS). Garis panduan ini hendaklah menerangkan tempoh masa satu penyiasatan dilakukan dan keputusan bagi penyiasatan tersebut diputuskan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan dimaklumkan kepada pemohon.

3. Menyemak semula tempoh masa bagi penyediaan Pelaporan oleh Unit Teknikal untuk dikemukakan ke Pejabat Tanah dan Galian.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |