活度

Pengurusan Kewangan dan Tadbir Urus Majlis Buku Kebangsaan Malaysia [ 13 Dec 2018 ]

Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik mempersetujui empat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM berhubung pengurusan kewangan dan tadbir urus Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Dr Maszlee sendiri begitu teruja sehingga menambah dua lagi syor penambahbaikan yang difikirkan perlu sebagai langkah segera bagi mengekang berlakunya pelanggaran sistem dan prosedur kewangan di MBKM.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil di Bilik Mesyuarat YB Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini pada 13 Disember 2018.

Timbalan Pengarah BPMP KPKPj Salwa Muharam serta pegawai-pegawai kanan BPMP turut hadir bersama manakala pihak KPM dan MBKM diwakili oleh Pengerusi MBKM Datuk Dr Amin Senin, Setiausaha MBKM Abdul Wahab Ibrahim, Ketua Unit Integriti KPM Fazli Said dan juga CeIO KPM Farah Diba Esa. Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

Mengesahkan Legal Entity MBKM sama ada ianya sebuah badan awam, swasta, GLC atau sebagainya agar sistem pengurusan dan pentadbiran MBKM lebih berstruktur.

Mewujudkan Standard of Procedure (SOP) yang lengkap berhubung tatacara pengurusan kewangan MBKM bagi memastikan aspek akauntibiliti, ketelusan, check & balance dan pematuhan dapat ditingkatkan.

Keanggotaan MBKM disemak semula agar tidak berlaku percanggahan kepentingan dalam keputusan pengurusan dan pentadbiran terutamanya melibatkan hal kewangan.

Mewujudkan rangkaian arahan (chain of command) yang jelas di antara MBKM dengan jabatan/ kementerian yang dinaungi supaya wujud kawalan dan pemantauan ke atas setiap aktiviti MBKM.

Pengurusan Akaun dan Kewangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 harus dihantar salinan kepada Pejabat YB Menteri Pendidikan dan turut disalinkan kepada Unit Integriti KPM dan Bahagian Audit Dalam KPM.

Pegawai yang berisiko dan pernah disiasat dan dikenakan tindakan tatatertib oleh SPRM ditukarkan ke bahagian lain.

联系我们

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

版权所有 © 2020 年马来西亚反贪污委员会 免责声明 |  安全措施 |  版权通知 |  隐私政策 |