SPRM MEMBANTU MENAMBAHBAIK TATAKELOLA LEMBAGA PEMBANGUNAN KORIDOR WILAYAH (RECODA), SARAWAK [ 04 Apr 2024 ]

KUCHING, 1 APRIL – Satu sesi pembentangan Khidmat Nasihat terhadap Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Sarawak yang diketuai YBhg. Datuk TPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat RECODA, Kuching Sarawak pada jam 10.00 pagi. PKPj Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Sarawak telah membentangkan dapatan dari hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap Amalan, Sistem Dan Tatacara Kerja Berhubung  Pengurusan Projek Yang Menyebabkan Kelewatan Kerja-Kerja Pembaikan Bangunan Sekolah Daif Di Utara Negeri Sarawak dihadapan YBhg. Datu Haji Ismawi bin Haji Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Sarawak.
 
Sesi pembentangan yang memfokuskan terhadap isu kelemahan dalam projek penyiapan sekolah daif di utara Sarawak yang boleh membuka ruang dan peluang berlakunya amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. 

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Laporan Khidmat Nasihat yang ditandatangani di antara YBhg. Datuk TPj Mohd Zaki bin Hassan, Pengarah SPRM Sarawak dan YBhg. Datu Haji Ismawi bin Haji Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Sarawak.

Turut hadir dalam sesi khidmat nasihat tersebut adalah PKPj Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak, PPj Othman bin Anyan, Ketua Cawangan, Cawangan Penyiasatan Tatakelola, SPRM Sarawak dan pegawai dari Cawangan Penyiasatan Tatakelola, SPRM Sarawak manakala Pegawai RECODA Sarawak dihadiri oleh Pegawai Kanan RECODA Sarawak.



Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |