SPRM BANTU SDB TANGANI ISU INTEGRITI DENGAN CADANGAN KHIDMAT NASIHAT [ 01 Nov 2023 ]

Sabah Development Bank Berhad (SDB) dan BahagianPemantauan Agensi Awam dan Pelaburan (PAP), Kementerian Kewangan Negeri Sabahtelah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan yang disyorkan oleh Bahagian Pemeriksaandan Perundingan (BPMP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubungpermohonan dan kelulusan pinjaman oleh Sabah Development Bank Berhad .

 Pada 9 Ogos 1977, Sabah Development Bank Berhad (SDB) (dahulu dikenali sebagai Bank Pembangunan Sabah Berhad) telah diperbadankan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai sebuah syarikat awam berhad di bawah Akta Syarikat 1965. SDB merupakan Special Purpose Vehicle (SPV) yangditubuhkkan oleh Kerajaan Negeri Sabah berperanan sebagai sebuah institusikewangan berorentasikan keuntungan dan bergerak seiring dengan rancanganpembangunan dan objektif negeri dan negara.

 Cadangan yang dipersetujui oleh Sabah Development Bank Berhad (SDB) adalah menambahbaik polisi pinjaman selaras arahan Bank Negara Malaysia dan mengemaskini Standard Of Procedure (SOP)mengikut perubahan struktur dan fungsi.

 Selain itu,Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan (PAP) juga bersetuju untuk mewujudkan garis panduan yang menyeluruh berkaitan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah dan pemantauan anak syarikat selaras dengan Malaysia Code on Corporate Governance (MCCG) 2021 dan MKD Handbook.


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |