MARii TERIMA BAIK CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SPRM DALAM PENGURUSAN GERAN PEMBANGUNAN INDUSTRI AUTOMOTIF TEMPATAN [ 01 Jun 2023 ]

InstitutAutomotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii) sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang berperanan sebagai pusat tumpuan, pusat penyelarasan dan badan pemikir untuk industri automotif telah memberikan komitmen untuk melaksanakan 18 syor penambahbaikan berhubung dengan pengurusan geran yang diterima daripada MITI untuk syarikat yang berkelayakan melaksanakan program di bawah MARii.

 

Bagi merealisasikan visi MARii sebagai sebuah agensi terulung yang mempelopori inovasi, MARii telah memberikan komitmen untuk memperkukuhkan sistem dan tata kelola. Antara pengesyoran yang diberi melibatkan penambahbaikan Tatacara Perolehan, Tatacara Kewangan, Tatacara Pengurusan Program dan mewujudkan polisi anti rasuah. Selain itu, cadangan penubuhan Unit Audit Dalam dan Unit Integriti dan Governans (IGU) turut dipersetujui bagi memperkasakan tadbir urus yang terbaik dan sebagai elemen check andbalance dalam pengurusan geran MARii.

 

Sesi Khidmat Nasihat ini diberikan rentetan daripada siasatan Ops ERT yang mendapati wujud kelemahan dalam pengurusan geran melibatkan proses pemilihan, kelulusan dan pemantauan program yang terdedah kepada penyelewengan oleh syarikat yang berkelayakan melaksanakan program MARii.  

 

Sesi ini diakhiri dengan menandatangani Khidmat Nasihat antara Timbalan Pengarah II Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan SPRM, KPKPj Sudirman Aban dan Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Encik Azrul Reza Aziz. Turut hadir Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong, Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti, Puan Natasha Hairin Mohamad Yusoff dan Pegawai Siasatan Kanan Unit Integriti Tuan Biyamin Ismail.


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |