ATMA,UKM Perkasa Tata Kelola Dengan Kerjasama SPRM [ 23 May 2023 ]

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha merealisasikan misi mereka iaitu menjadi institut terpilih yang memartabatkan Bahasa dan tamadun Malaysia serta mensejagatkan ilmu ketamadunan yang beracuan budaya kebangsaan berteraskan budaya Melayu.

Bagi merealiasikan visi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai sebuah institusi terulung yang mempelopori inovasi serta membentuk sebuah masyarakat bertamadun dan berintergriti, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) begitu yakin untuk memperkukuhkan sistem dan tata kelola berkaitan pengurusan Tabung Amanah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan, SPRM telah mengesyorkan cadangan penambahbaikan melibatkan Garis Panduan Kewangan Dan Perakaunan, Surat Ikatan Amanah, Sistem e-Persidangan dan Garis Panduan Aktiviti Penyelidikan dan dipersetujui oleh   Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),UKM.

Dengan usaha ini, secara keseluruhannya akan menjadikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) umumnya, sebagai institut pendidikan yang mementingkan ketelusan dalam tata kelola dan sekaligus menyokong usaha mencegah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pada sesi menandatangani Khidmat Nasihat yang diadakan pada 22 Mei 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  diwakili oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan, Puan Zuridah Mamat diiringi pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala Profesor Madya Dr.Asyaari Muhamad, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melau (ATMA) mengetuai wakil-wakil dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |