Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRK N24 DUN Semenyih

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah danbsalah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Bilik gerakan PRK N24 DUN Semenyih yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di tingkat bawah, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prksemenyih@sprm.gov.my atau menghubungi talian 016-988 0782 atau 03-5525 6500, faks 03-5525 6514.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta

Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

15 FEBRUARI 2019

  

 

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |