Kenyataan Media

Isu Transaksi Dan Akaun Bank Menteri Kanan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima pelbagai pertanyaan daripada pihak media serta orang ramai berkaitan laporan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam baru-baru ini iaitu tentang transaksi meragukan oleh sebuah syarikat pembinaan ke akaun bank peribadi milik menteri kanan yang sebenarnya merujuk kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, Datuk Lokman juga mendakwa terdapat kewujudan sebuah akaun di luar negara pada 2012 milik menteri berkenaan.

SPRM telah menjalankan siasatan dan mendapati tidak wujud transaksi yang dinyatakan dan tiada kewujudan akaun yang berkaitan. Selain itu, SPRM turut menyiasat berkaitan tohmahan terhadap Mohamed Azmin Ali yang bertajuk "Here is the proof Azmin Ali is toyol of Selangor" yang mana satu laporan pernah diterima pada Ogos 2018.

Berhubung dengan isu ini, siasatan tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia serta institusi kewangan lain dan mendapati tohmahan yang dibangkitkan ini adalah
tidak benar.

Diharap kenyataan ini akan dapat memberi pencerahan kepada orang ramai.

DATUK SERI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

28 JUN 2019

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |