Kenyataan Media

Kenyataan Media KP Berhubung Tiga Anggota Polis Diserang SPRM

 

SAYA merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat oleh tiga anggota polis berkaitan dakwaan diserang oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiada toleransi bagi apa jenis serangan dalam tahanan. Semua tuduhan berkaitan serangan dalam tahanan akan diteliti secara serius dan kerjasama penuh akan diberikan kepada mana-mana badan penyiasat.

SPRM telah meletakkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk menangkap dan menahan suspek.

Dalam kes ini, anggota-anggota polis yang membuat aduan sedang disiasat oleh SPRM atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap suspek penyalahgunaan dadah. Penyiasatan ini merupakan sebahagian daripada peningkatan operasi oleh SPRM Selangor susulan dakwaan kegiatan pemerasan yang melibatkan anggota polis.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh pegawai SPRM tersebut yang menyatakan bahawa tuduhan serangan dalam tahanan terhadap anggota-anggota polis tersebut adalah palsu.

SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan sebarang penyiasatan polis terhadap laporan tersebut.

LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

30 DISEMBER 2019

Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |