Kenyataan Media

SPRM Buka Cawangan Baharu Di Mersing, Johor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka pejabat cawangan baharu di Mersing dalam usaha memperluas perkhidmatannya sekali gus mempermudahkan masyarakat setempat berurusan dengan Suruhanjaya ini.

Perasmian pejabat cawangan baharu yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki, hari ini.

Pejabat cawangan Mersing itu terletak di Bangunan JKR 290, Jalan Ibrahim, 86800 Mersing, Johor.

Pejabat berkeluasan 207.68 meter persegi itu dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik merakam kenyataan dan surau selain ruang kerja bagi menempatkan seramai empat warga SPRM.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi talian 07-7994400.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

25 FEBRUARI 2024


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |