Kenyataan Media

SPRM Kesan Tang Kuok Sing, Saksi Utama Perbicaraan Kes Di Mahkamah

BAHAGIAN Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu sebuah kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut, Tang Kuok Sing, 51, yang mempunyai alamat terakhir di No. 150, Lorong Lapangan Terbang 51, Jalan Lapangan Terbang, 93450 Kuching, Sarawak.

Individu ini merupakan saksi utama bagi sebuah kes dan amat diperlukan dalam perbicaraan seterusnya, namun gagal dikesan SPRM.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Zainin bin Sarif Majan di talian 03-88700331 atau 019-8699370 atau emel kepada zainin.sarif@sprm.gov.my.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

5 FEBRUARI 2024


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |