Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRK N67 Dun Jepak

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N67 Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Bilik gerakan PRK N67 DUN Jepak yang beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 4 November 2023 itu akan ditempatkan di SPRM Cawangan Bintulu, Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Peti Surat 6000, 97008 Bintulu, Sarawak.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prk2023_bintulu@sprm.gov.my atau menghubungi talian 086-316200.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

21 OKTOBER 2023


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |