Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRK N36 Dun Pelangai

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Bilik gerakan PRK N36 DUN Pelangai yang beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 7 Oktober 2023 itu akan ditempatkan di SPRM Cawangan Raub, Tingkat 1, Bangunan Persekutuan, Jalan Tengku Abdul Samad, Peti Surat 6000, 27600 Raub, Pahang.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada aduan.prk.pahang@sprm.gov.my atau menghubungi talian 09-3501967.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA
23 SEPTEMBER 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |