Kenyataan Media

SPRM Kesan Mona Lisa, Mohd Rizwan Bantu Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu iaitu masing-masing seorang perempuan dan  lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM.

Individu pertama, Mona Lisa Binti Ismail, 45, mempunyai alamat terakhir di No. 20, Lot 2589, Jalan Lapangan Terbang, 93250 Kuching, Sarawak manakala individu kedua, Mohd Rizwan Bin M Ismail, 30, beralamat terakhir Kampung Bawang, Peti Surat 75, 89257 Tamparuli, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Khairil Ammar Faisal Bin Azman di talian 082-467701 atau 018-5714510 atau emel kepada khairilammar@sprm.gov.my .


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

14 SEPTEMBER 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |