Kenyataan Media

SPRM Rakam Ucapan Tahniah Pelantikan Peguam Negara Baharu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh atas pelantikan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa mulai 6 September 2023.

SPRM yakin YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin akan terus menyumbang kepakaran beliau berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang undang-undang bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai Peguam Negara.

Sehubungan itu, Suruhanjaya ini mengalu-alukan pelantikan beliau dan berharap dapat meneruskan jalinan kerjasama yang baik dengan Pejabat Peguam Negara ke arah menjadikan Malaysia negara bebas rasuah.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

1 SEPTEMBER 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |