Kenyataan Media

SPRM Lancar Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN Ke-15) Dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan tujuh bilik gerakan di Ibu Pejabat SPRM, negeri Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRU DUN KE-15 dan PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 12 Ogos 2023 dan boleh dihubungi menerusi talian telefon serta e-mel seperti berikut:

  1. Ibu Pejabat SPRM 03-88911038 prn15@sprm.gov.my
  2. Pejabat SPRM Selangor 03-55248318 pru15@sprm.gov.my
  3. Pejabat SPRM Negeri Sembilan 06-7625446 n9@sprm.gov.my
  4. Pejabat SPRM Kedah 04-7001361 prnked@sprm.gov.my
  5. Pejabat SPRM Pulau Pinang 04-2271982 ppg@sprm.gov.my
  6. Pejabat SPRM Terengganu 09-6301920 trg@sprm.gov.my
  7. Pejabat SPRM Kelantan 09-7661800 kel@sprm.gov.my

SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

29 JULAI 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |