Kenyataan Media

SPRM Tegaskan Justin Perlu Tampil Beri Kerjasama

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tidak mengeluarkan sebarang notis kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat bagi membantu siasatan kes Suruhanjaya ini sebagaimana dakwaannya baru-baru ini, sedangkan SPRM telah berusaha mengesannya dalam hal berkaitan.

SPRM telah pergi ke dua buah kediamannya di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu untuk menyerahkan notis berkenaan namun didapati salah sebuah premis tersebut telah dijual manakala satu lagi tidak dihuni olehnya.

Pada tarikh sama, SPRM juga telah pergi ke pejabatnya di ibu negara dan Johor namun Justin tiada di lokasi tersebut.

Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, didapati Justin telah meninggalkan negara ini pada Februari lalu dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan media pada 12 Julai 2023 yang lengkap dengan nombor telefon serta emel pegawai penyiasat bagi mengesan Justin dan kenyataan itu merupakan notis yang rasmi dan sah.

SPRM bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang daripada Justin dalam hal berkenaan namun menegaskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd itu perlu terlebih dahulu tampil memberi kerjasama dengan Suruhanjaya ini berkaitan siasatan kes berkenaan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

24 JULAI 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |